Thursday, August 22, 2019

ADAB DAN PERGAULAN DALAM ISLAM

 
Jabatan Perdagangan
SESI JUN 2019 / DAT 5A

TAJUK :
BATAS-BATAS PERGAULAN DAN ADAB-ADAB PERGAULAN

Pensyarah :-
Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri

Nama Ahli Kumpulan :-
Bil
Nama
No Matrik
1
Johanisha Binti Kodir
02DAT17F1035
2
Balqis Nasuha Husna Binti Daik Maruan
02DAT17F1023
3
Nurul Syahirah Binti Zolhaide
02DAT17F1027
4
Nurul Anis Syuhada Binti Ruzaimi
02DAT17F1022
5
Nur Fatein Syakila Binti Fadil
02DAT17F1099

ISI KANDUNGAN
Perkara
Muka Surat
1.0 Objektif
1
2.0 Pengenalan
2
3.0 Apa Itu Batas Dan Adab Dalam Pergaulan?
3.1 Pergaulan Merujuk Kepada Proses Sosialisasi Antara Sesama Manusia

3
4.0 Batas Dan Adab Pergaulan
4.1 Hukum Pergaulan Bebas
4.2 Faktor Pergaulan Bebas
4.3 Implikasi Pergaulan Bebas
4.4 Batas Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Yang Dibolehkan
4.5 Cara Mengatasi Masalah Pergaulan Bebas Antara Lelaki Dan Perempuan
4.6 Dalil Pergaulan Bebas



8
5.0 Kesimpulan
15
6.0 Rujukan
16
7.0 Lampiran
17

1.0 OBJEKTIF
Mengenal pasti dalil larangan berduaan tanpa mahram
Menjelaskan pengertian batas dan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan
Mengetahui kesan buruk terhadap pergaulan bebas
Mengenal pasti faktor terjadinya pergaulan bebas.
Mengenal pasti cara-cara mengatasi pergaulan bebas.

2.0 PENGENALAN
Dunia sudah sedia maklum bahawa adab ikhtilat atau pergaulan di antara lelaki dan perempuan bukan ajnabi sudah hilang. Fenomena Pergaulan bebas menyebabkan akhlak manusia semakin lama semakin rosak. Lihat sajalah kes maksiat di Malaysia, kebanyakan mereka adalah golongan remaja seperti pembuangan bayi dan sebagainya telah menjadi satu budaya dalam negara kita. Islam adalah agama yang indah.

Islam telah menetapkan peraturan antara manusia iaitu lelaki dan perempuan. Alangkah baik seandainya setiap manusia dapat mengamalkan suruhan Islam, mengamalkan adab peraturan dengan sopan santun dalam tatasusila Islam sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya :

“Sesungguhnya aku Muhammad SAW tidak diutus melainkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh. Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap muslim. Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina 

3.0 APA ITU BATAS DAN ADAB DALAM PERGAULAN?
Pergaulan merupakan proses sosialisasi antara sesama manusia. Allah SWT telah menciptakan kaum adam & hawa yang berlainan jantina dan juga telah menetapkan syariat kepada mereka. Pada era yang maju pada masa kini, pergaulan dalam melaksanakan fardhu kifayah sangat diperlukan untuk sama-sama menyelesaikan tugasan yang diberi, samada di sekolah ataupun di tempat kerja.

Pergaulan atau ikhtilat yang berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” dalam bahasa Arab membawa maksud percampuran antara lelaki dan perempuan ajnabi di satu tempat dimana berlaku interaksi atau perbualan antara seseorang dengan lain dan berlaku diantara tiga orang atau lebih. Berbeza pula dengan khalwat, iaitu terdiri daripada dua orang bukan ajnabi sahaja.

3.1 PERGAULAN MERUJUK KEPADA PROSES SOSIALISASI ANTARA SESAMA MANUSIA
Dalam Islam, terdapat 3 peringkat dalam pergaulan antara manusia, iaitu :-

No
Peringkat
Huraian
1
Taaruf
Peringkat perkenalan - Membantu kita untuk saling mengenali antara satu sama lain. Dengan cara itu, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.
 2
Tafahum
Peringkat memahami - Memahami sifat, latar belakang akhlak seseorang itu supaya mudah untuk kita menentukan orang yang akan menjadi teman kita. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan mereka. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka akan mempengaruhi diri kita.
3
Taawun
Peringkat tolong-menolong - Menolong antara satu sama lain dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesame manusia mestiah bertetapan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


4.0 BATAS & ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang perbuatan serong hamba-hamba-Nya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga ketika bergaul oleh setiap umat-Nya. Antaranya :-
1. Menundukkan Pandangan Daripada Melihat Aurat Atau Melihat Bukan Aurat Dengan Syahwat
Allah memerintahkan kaum lelaki untuk merendahkan pandangannya sebagaiman Allah telah berfirman :
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (an-Nuur:30)
Hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, Allah berfirman :
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (an-Nuur:31)

2. Tidak Berdua-duaan Antara Lelaki & Perempuan
Lelaki dan perempuan dibolehkan berkhalwat iaitu menghindari dari berdua-duan ditempat yang mencurigakan dan perlulah berada di kawasan awam yang ada orang ramai atau seorang lelaki dengan beberapa perempuan yang thiqah, yang membawa maksud perempuan tersebut boleh dipercayai dari sudut pegangan agamanya. Pertemuan itu juga seharusnya tidak terlalu lama atau berulang dengan kerap dan pertemuan itu hendaklah dalam suasana serius dan mengikut keperluan.

3. Menjaga Aurat Dan Elakkan Pergerakkan Yang Manja Dan Menggoda
Lelaki dan perempuan tersebut haruslah memakai pakaian yang menepati syariat iaitu menutup aurat. Aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut, manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Perempuan DIHARAMKAN menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda.
Allah berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (an-Nuur:31)
Nabi SAW bersabda :
Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar maka setan akan memperindahnya di mata laki-laki.” (HR. Tirmidzi, shahih)

4. Menjaga kemaluan
Menjaga kemaluan juga bukan hal yang mudah, karena dewasa ini banyak sekali remaja yang terjebak ke dalam pergaulan dan seks bebas. Sebagai muslim kita wajib tahu bagaimana caranya menjaga kemaluan. Caranya antara lain dengan tidak melihat gambar-gambar yang senonoh atau membangkitkan nafsu syahwat, tidak terlalu sering membaca atau menonton kisah-kisah percintaan, tidak terlalu sering berbicara atau berkomunikasi dengan lawan jenis, baik bicara langsung (tatap muka) ataupun melalui telepon, SMS, chatting, dan media komunikasi lainnya.

4.1 HUKUM PERGAULAN BEBAS
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah HARAM. Namun demikian, pengharaman ini hanyalah diasaskan kepada hukum lain iaitu :-
1. Larangan Berkhalwat & Musafir tanpa Mahram
Hadis riwayat Imam Bukhari yang bermaksud: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram”

2. Hukum Perempuan Solat Jemaah Di Masjid
HARUS (khususnya wanita tua), seperti ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah, dengan dalil hadis-hadis. Ibnu Qudamah menyatakan :
“Dibolehkan bagi wanita menghadiri solat jamaah bersama para laki-laki, sebab para wanita dahulu telah solat berjamaah bersama Nabi SAW.”
Namun keharusan itu diikat dengan tiga syarat :
i. Mendapat izin dari suami atau wali (jika belum nikah). Dalilnya sabda Nabi SAW : “Jika isteri-isterimu meminta izin ke masjid-masjid, maka izinkanlah mereka.” (HR Muslim, Bukhari, Ahmad, dan Ibn Hibban).
ii. Tidak memakai wangi-wangian atau seumpamanya yang dapat menimbulkan fitnah dan keburukan bagi wanita.
Sabda Nabi SAW : “Janganlah kamu melarang wanita-wanita hamba Allah pergi ke masjid-masjid Allah, tapi hendaklah mereka keluar tanpa wangi-wangian.” (HR Abu Dawud, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Darimi, dan Baihaqi).

iii. Tidak berlaku ikhtilat ketika masuk dan keluar masjid.
Dalilnya hadis Ummu Salamah :

Rasulullah SAW salam dan ketika itu para wanita pun berdiri. Beliau SAW sendiri tetap berada di tempatnya beberapa saat sebelum dia berdiri. Kami menilai –wallahu a’lam- bahawa hal ini dilakukan agar wanita terlebih dahulu meninggalkan masjid supaya tidak berselisih jalan dengan kaum lelaki.” (HR Bukhari)

3. Hukum Wanita Turut Serta Dalam Perang Jihad
Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta izin daripada RAsulullah SAW untuk turut berjihad, tetapi Rasulullah SAW menyatakan bahawa jihad bagi wanita adalah mengerjakan haji. Ibn al-Battal menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan tidak boleh bergaul dengan lelaki.

4. Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat
Mazhab Hanafi berpendapat sebab wanita tidak wajib solat jumaat ialah kerna wanita sibuk dengan urusan rumahtangga di samping mereka ditegah keluar bersama kaum lelaki dalam keadaan yang boleh membawa fitnah. Alasan ini membawa erti bahawa pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah haram.

4.2 FAKTOR PERGAULAN BEBAS
Apakah sebenarnya punca pergaulan bebas ini boleh berlaku? Pergaulan bebas ini sendiri berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu :-
1. Kurang Perhatian & Didikan Agama Dari Keluarga
Ibu bapa merupakan peneraju terpenting dalam sesebuah sistem keluarga. Kualiti pembangunan dan kesejahteraan hidup golongan remaja amat dipengaruhi oleh kualiti persekitaran di mana mereka dibesarkan. Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang drastik dan keperluan terhadap keperluan untuk memenuhi keperluan ekonomi keluarga  menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang terpakasa bekerja. Kesibukan terhadap pekerjaan ini menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang kurang menyedari fungsi mereka sebagai ibu-bapa dan gagal untuk memberi pengawasan moral kepada anak-anak. Tambahan pula adanya harapan dan matlamat atau peraturan ibu-bapa yang dirasakan bertentangan dengan nilai remaja menyebabkan mereka mula memberontak dan mencari kelompok yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka dan akhirnya terjebak dengan pergaulan bebas.
2. Pengaruh Media Massa
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat memasuki sempadan negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara dengan mudah. Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan juga member kesan negatif. Banyak majalah memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka.

3. Pengaruh Rakan Sebaya
Remaja yang tidak mendapat perhatian dari rumah terutamanya daipada ibu bapa akan mencari rakan sebaya yang boleh memenuhi ego dan keperluan tersebut. Mereka akan menggabungkan diri mereka membentuk satu kumpulan remaja. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Lebih mempercayai rakan daripada ahli keluarga sendiri.

4.3 KESAN PERGAULAN BEBAS
1. Merosakkan Jiwa & Akhlak
Akan lahir seorang manusia yang mempunyai ahlak & jiwa yang tidak sihat kerana terlalu leka dengan keseronokkan sehingga lupa batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

2. Pezinaan
Akan berlakunya zina iaitu melempiaskan nafsu syahwat sekiranya pergaulan bebas tanpa had masih berlaku antara lelaki da perempuan. Seks bebas boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti HIV AIDS dan banyak yang membuang kandungan yang membahayakan kesihatan mereka dan menggunakan ubat-ubatan bahawa semua perkara ini dapat mengurangkan kesihatan. 

3. Pembuangan bayi
Selepas terjadinya zina yang disebabkan oleh nafsu syahwat yang tidak dapat dikawal, akan menyebabkan perempuan tersebut mengandung sebelum boleh berkahwin. Bayi tersebut akan dibuang kerana si ibu takut akan masyarakat sekiranya mereka tahu bahawa dia mengandungkan anak luar nikah.

4. Merosakkan Maruah Diri, Masyarakat dan Negara
Masyarakat khususnya remaja yang bergaul secara bebas akan merosakkan maruah diri termasuk keluarga, masyarakat dan negara.

5. Dimurkai Oleh Allah SWT
Balasan yang setimpal akan diterima sekiranya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga menyebabkan penzinaan, seterusnya dimurkai Allah SWT

4.4 BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN

Bil
Jenis Pergaulan
Huraian
1
Darurat
TIDAK DIBENARKAN kecuali dalam keadaan darurat seperti :-
Seorang perempuan bersendirian dalam perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersamanya dengan sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya tanpa ada tujuan lain.
2
Keperluan
DIBOLEHKAN sekiranya kerana hajat Syar’ie seperti :-
Menguruskan urusan harta
Semasa bekerja
Semasa menjadi saksi ( contoh : mahkamah )
Kenderaan awam
3
Kebiasaan Adat Dalam Majlis-Majlis
LEBIH BAIK DIASINGKAN antara lelaki dan wanita ketika makan dan lain-lainnya supaya menutup pintu-pintu fitnah dan peraturan syariah yang mesti diikuti bagi mengharuskan pergaulan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dinyatakan di atas ialah :-
Menundukkan Pandangan
Menutup Aurat
Tidak berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan
Tidak Melunakkan Ucapan
Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)
4
Belajar
Ada sesetengah ulama berpendapat bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar. Tetapi dalam persoalan pergaulan diantara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini.

4.5 CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja, langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
1. Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka.

2. Merawat dan Memelihara Hati
Al Ghazali Darusalam (1997) menjelaskan manusia menyedari hati merupakan
unsur paling penting dalam kehidupan yang tetap berfungsi sampai akhir zaman.
Oleh itu, kita harus merawat dan memeliharanya dengan baik agar tidak rosak
dan dipenuhi penyakit yang dapat memberi kesengsaraan kepada diri manusia.
Hati yang bersih dan jernih adalah hati yang selalu ingat kepada Allah swt, setiap
saat melakukan komunikasi dengan Allah, sehingga selalu berada dalam
bimbingan dan hidayah-Nya. Mata, hati dan tubuh manusia sentiasa dibimbing
oleh hati untuk selalu memandang, mendengar dan menerima nasihat dan
petunjuk dari Allah dengan hati yang terbuka.
Beberapa cara untuk menjaga dan merawat hati supaya bersih adalah:
1. Selalu ingat pada Allah dimanapun kita berada
2. Selalu memuji kebesaranNya
3. Mengambil wuduk jika mengalami tuntutan nafsu

3. PERANAN MASYARAKAT
Untuk membanteras pergaulan bebas daripada berleluasa di negara tercinta kita, Malaysia, masyarakat harus memainkan peranannya. Ini dapat kita lihat dalam seluruh perintah dalam Al- Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakan amal makruf dan nahi mungkar serta tuntutan- tuntutan fardhu kifayah yang lain. Masyarakat memainkan peranan dengan memberi nasihat kepada golongan remaja yang telah terjerumus dalam aktiviti pergaulan bebas atau yang ingin menceburkan diri dalam aktiviti ini juga. Masyarakat juga haruslah menjadi mata- mata kepada pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar norma- norma masyarakat kita. Masyarakat haruslah tampil ke hadapan dan berani menegakan kebenaran.

4.6 Dalil Pergaulan Bebas
1. “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.” (QS. Al-Ahzab: 33)
Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang suci lagi bersih dan baik untuk tetap tinggal di rumah, dan perintah ini umum untuk setiap wanita muslimah. Sudah menjadi ketentuan kaidah usul fikih bahwa hukum umum mencakup seluruh jenisnya kecuali ada dalil yang mengkhususkan, sementara dalam dalil ini tidak ditemukan dalil yang menunjukkan pengkhususan hukum. Bila mereka dilarang untuk keluar rumah kecuali untuk suatu keperluan maka bagaimana dengan ikhtilath atau pergaulan bebas. Apalagi sekarang banyak wanita menjadi rusak dan melepas jilbab dan hilangnya rasa malu serta mengikuti hawa nafsu ber-tabarruj (berhias), pamer perhiasan dan keindahan tubuh di hadapan kaum laki-laki bahkan telanjang di depan mereka. Sangat sedikit kesadaran para wali yang bertanggung jawab terhadap perkara wanita.

2. “Dan mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (QS. Ghafir: 19)
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu dan ulama lain menafsiri ayat di atas bahwa seorang laki-laki masuk ke sebuah keluarga yang di antara mereka terdapat perempuan cantik yang lalu lalang di depannya. Tatkala keluarga perempuan memperhatikan sang laki-laki, ia menahan pandangan. Namun tatkala keluarga wanita lalai maka laki-laki tersebut melirik perempuan tersebut. Tatkala keluarganya memperhatikan maka sang laki-laki menahan pandangannya dan setelah lalai iapun memandangnya lagi dan begitulah seterusnya. Allah menyebut mata yang suka mencuri pandangan yang diharamkan dengan sebutan pandangan khianat, terlebih lagi pergaulan bebas.

3. “Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (an-Nuur: 31).
Dalam ayat di atas, Allah melarang wanita untuk memukulkan kakinya meskipun hukum asalnya adalah boleh, karena dikhawatirkan suara gelang kaki akibat hentakan kaki menimbulkan fitnah yang bisa membangkitkan syahwat orang laki-laki begitu juga pergaulan bebas maka kedua perkara tersebut dilarang.

4. “Tidak boleh masuk dari pintu ini seorangpun dari kaum laki-laki. “
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam at-Tarikhul Kabir dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu dari Umar radhiyallahu 'anhu bahwa Nabi SAW bersabda:
“Janganlah kalian (kaum laki-laki) masuk masjid dari pintu wanita”
Bahwa Rasulullah SAW melarang ikhtilat antara lelaki dan perempuan dalam pintu masjid baik masuk atau keluar, larangan itu hanya sekadar menjaga agar tidak membuka peluang ikhtilat.

5.0 KESIMPULAN
Natijahnya, batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan hendaklah di jaga dan menjaga pergaulan tersebut. Pergaulan yang baik ialah melaksanakan pergaulan norma-norma kemasyarakatan yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak, serta memenuhi segala yang berhak mendapatkannya masing-masing menurut kadarnya. Pergaulan bebas tidak akan terjadi kalau semua pihak membanting tulang mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah tunggu sehingga Allah S.W.T yang menurunkan bencannya.

6.0 LAMPIRAN

Al-Quran & Hadis

Media Sosial

     
Keratan Akhbar

   
7.0 RUJUKAN

Media Sosial

Buku
1. AL-Quran
2. Buku Teks Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam ( Oxford Fajar )

No comments:

Post a Comment

ADAB DAN PERGAULAN DALAM ISLAM

  Jabatan Perdagangan SESI JUN 2019 / DAT 5A TAJUK : BATAS-BATAS PERGAULAN DAN ADAB-ADAB PERGAULAN ...